Selangorkini
SELANGOR

Selangor sumbang mesin jahit, pastikan mangsa banjir Perak tak hilang pendapatan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PASIR SALAK, 19 JAN: Sebuah keluarga mangsa banjir di Kampung Pasir Putih di sini akan dibantu bagi memperolehi mesin jahit baru yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, perkara itu diputuskan serta-merta Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika beliau membantu kerja pembersihan di rumah keluarga itu.

11283_10203592847882148_1543731092234462680_n“Mereka mengadu mesin jahit digunakan mengambil upah menjahit tidak boleh digunakan lagi dan Menteri Besar yang mendengar keluhan terus meminta saya menguruskan supaya Kerajaan Selangor dapat membelikan mesin jahit baru,” kata Dr Daroyah kepada Selangor Kini.

Jelas Dr Daroyah, selain sumber pendapatan daripada gaji sebagai pengawal keselamatan, upah menjahit turut merupakan salah satu sumber pendapatan bagi menyara kehidupan keluarga itu.

“Suaminya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Anak ada enam orang. Ada yang belajar di universiti, sekolah menengah dan juga sekolah rendah dengan perbelanjaan agak tinggi.

“Sebelum ini mereka memperolehi tempahan menjahit agak banyak tetapi sekarang terpaksa hentikan sebab mesin jahit rosak, dengan adanya bantuan mereka dapat meneruskan semula mengambil upah menjahit untuk mendapatkan pendapatan,” kata Dr Daroyah lagi.

EZY


Pengarang :