Selangorkini
SELANGOR

“Star Wars” gegarkan Pesta Buku Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 JAN: Persembahan “Star Wars” akan menyerikan Pesta Buku Selangor 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, yang berlangsung mulai 29 Januari hingga 8 Februari ini.

Pustakawan (Korporat) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mohamed Fadzli Fauzi, berkata ia adalah salah satu acara menarik disediakan dalam pesta tahun ini bertemakan ‘Evolusi Buku dan Digital’.

Star Wars“Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti grafiti, pembangunan anak-anak, kem motivasi Dr Azizan Osman dan “Star Wars”.

“Nantikan “Star Wars” di pesta buku kali ini,” katanya kepada SelangorKini.

“Star Wars” hasil ilham George Lucas sejak 1977 menjadi ikutan ramai peminat seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia.

Acara terbabit dijangka menarik minat orang ramai terutama golongan muda selain ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku dianjurkan Kerajaan Negeri dan PPAS.

Mohamed Fadzli berkata, pada tahun ini PPAS menjayakannya dengan aktiviti berkonsepkan karier, kesihatan, kecergasan dan spiritual.

“Selain cabutan bertuah, kita juga menjemput sekolah untuk membuat lawatan ke pesta ini bagi memeriahkannya,” katanya.

EZY


Pengarang :