Selangorkini
SELANGOR

Unisel sasar semua fakulti capai 20% Anugerah Dekan

SHAH ALAM, 15 JAN: Universiti Selangor (Unisel) mensasarkan semua fakulti mencapai sekurang-kurangnya 20 peratus graduan memperoleh Anugerah Dekan tahun ini.

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, ketika ini hanya satu fakulti mencapai tahap terbabit, manakala dua lagi masing-masing 19 peratus.

10897994_820153478060615_1950841342875816666_nKatanya, semua pelajar baru yang mendaftar harus menamatkan pengajian dengan gred sekurang-kurangnya 3.0 ke atas.

Beliau berkata, pelajar juga disaran komited terhadap niat sebenar ke UNISEL dan sentiasa fokus untuk memperoleh keputusan cemerlang.

“Pelajar dinasihatkan untuk sentiasa fokus di dalam pelajaran dalam memastikan mereka memperoleh keputusan cemerlang. Unisel bukan sahaja mahu melahirkan pelajar cemerlang tetapi berakhlak terpuji supaya dapat membantu masyarakat pada masa akan datang.

“Saya berharap semua fakulti dapat lahirkan 20 peratus graduan yang capai Anugerah Dekan ketika menamatkan pengajian nanti” katanya pada Majlis Pengenalan Pengurusan Kanan UNISEL di Minggu Tekad Siswa Sesi Januari 2015 di kampus Shah Alam, baru-baru ini.

Bacaan ikrar pelajar disempurnakan Saran Jagadesan, 21, yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, manakala majlis sama turut diadakan di Kampus Bestari Jaya.


Pengarang :