Selangorkini
SELANGOR

1.5 juta pengguna dijangka guna lebuh raya esok

SHAH ALAM 2 FEB: Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara menghala ke ibu kota dijangka mengalami kesesakan sempena sambutan Thaipusam esok.

Timbalan Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad Iskandar Zulkifli berkata kira-kira 1.5 juta pengguna dijangka menggunakan laluan itu hari ini dan esok.

lebuh raya“Pengguna jalan raya boleh merancang jadual perjalanan dan mendapatkan maklumat terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai-Timur masih lancar dan terkawal hari ini.

Ketua Polis Gombak, ACP Ali Ahmad pula berkata antara laluan yang ditutup sempena Thaipusam esok ialah Jalan Perusahaan, Bulatan Batu Caves dari arah Selayang dan Jalan Lingkaran Tengah Dua susur masuk ke Batu Caves.

Beliau berkata keadaan trafik di kawasan berkenaan masih terkawal setakat ini.

 


Pengarang :