Selangorkini
NASIONAL

400 berhimpun solidariti perjuangan Anwar

KUALA LUMPUR 14 FEB: Kira-kira seramai 400 orang gabungan mahasiwa dan anak muda berhimpun di pusat membeli belah Sogo petang ini sebagai sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysiakini melaporkan turut hadir di perhimpunan yang bermula sekitar jam 4.30 petang itu ialah anak sulung Anwar, Nurul Izzah, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Safuan Anang dan Fahmi Zainol.

10968431_10153049556552418_8631053458808730508_nMereka turut berucap dengan Nurul Izzah berkata mereka adik beradik akan berjaga di luar penjara setiap malam.

Manakala Nik Nazmi pula mengedarkan poskad “Much 2 Freedom’ yang dialamatkan kepada Anwar di penjara.

Pada kira-kira jam 5.40 petang, mereka mula berarak menuju ke Dataran Merdeka sambil melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Anwar’.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya beralih menuju ke arah Jalan Tun Perak kerana Dataran Merdeka ditutup.

Sambil berjalan, mereka menyanyikan lagu anak muda dan lagu mahasiswa.

Terdapat 10 anggota polis yang kelihatan mengawal trafik. Kumpulan itu memenuhi dua lorong jalan di depan sogo, dan satu lagi untuk laluan kereta.

EZY


Pengarang :