Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

AMK: Anwar mangsa kezaliman politik

AMK mengecam keputusan Mahkamah Persekutuan yang jelas tidak adil untuk mengekalkan keputusan bersalah ketua kami, Anwar Ibrahim.

Keputusan ini mendedahkan kepada negara dan dunia bahawa keadilan sudah mati di Malaysia.

Anwar tidak bersalah dan merupakan mangsa kezaliman politik.

10929971_10206148842619524_1085336807139654256_nKami menyeru semua penyokong untuk bertenang. Kami akan bertemu teman-teman Pakatan Rakyat untuk menentukan langkah seterusnya.

Kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya, kami berkongsi kesedihan anda. Tetapi kami juga bersama dalam ujian ini.

Perjuangan kita untuk keadilan dan reformasi berterusan meskipun adanya keputusan ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Pengarang :