Selangorkini
SELANGOR

Bukit Melawati kini semakin ceria, indah & lengkap kemudahan

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 16 FEB: Keindahan landskap dan kemudahan awam yang tersedia di puncak Bukit Melawati hari ini dipuji pengunjung.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (1)Berbeza dengan pengalaman berkunjung 15 tahun yang lalu, Mariah Ibrahim, 65, dari Setapak, Kuala Lumpur berkata Bukit Melawati kini lebih ceria dengan pelbagai kemudahan awam tersedia termasuk kemudahan Trem yang semakin baik.

“Berbaloi dengan tiket RM5 menaiki kemudahan Trem untuk ke puncak bukit. Trem semakin baik dan kemas bercat baru, landskap dan jalan raya yang berturap kemas selain kemudahan tandas yang terurus membuat saya lebih selesa berada di sini berbanding pengalaman dahulu,” katanya.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (23)Norlia Shahbudin, 37, dari Slim River, Perak turut berkongsi cerita sama dan berharap keindahan bukit bersejarah ini dapat dikekal dan ditingkatkan di masa depan.

“Penuh warna-warni, bangunan yang bercat, kemudahan awam yang selesa, landskap yang terjaga rapi selain kemampuan pihak berkuasa memelihara bangunan kesan tinggalan sejarah yang ada di sini, satu komitmen yang wajar diberi pujian,” jelasnya.

Bukit Melawati tersirat seribu satu kisah sejarah hebat Kesultanan Selangor dari abad ke-17.

Ia juga pernah menjadi tempat bersemayamnya Sultan Abdul Samad sebelum berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

Antara kesan tinggalan sejarah yang masih kukuh sehingga ke hari ini adalah kubu pertahanan yang dibina ketika Kota Melawati di serang Belanda pada tahun 1784.

Berbekalkan kacang panjang dan hirisan ubi yang boleh diperolehi dari penjaja di sini, pengunjung bukan sahaja mampu menjinakkan puluhan lotong yang ada, malah mampu memegang dan bergambar bersama spesis monyet kelabu berjambul dari itu.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (25)“Uniknya adalah kumpulan monyet di sini, biarpun pelbagai pembangunan kemudahan dibangunkan, monyet ini masih banyak seperti pengalaman lapan tahun dahulu ketika pertama kali kami ke sini,” kata Yasotha A/P Devaldash dari Pekan Kapar yang turut memuji kemesraan pemandu pelancong dan perhidmatan trem yang semakin baik.

Pun begitu, ketiadaan kemudahan pancur air di kawasan hentian di puncak bukit, dibangkitkan pengunjung kepada Selangor kini ketika berkesempatan berkunjung ke Bukit Melawati baru-baru ini.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (27)Kemudahan tersebut dibangkitkan bagi tujuan membasuh tangan setelah memegang kumpulan monyet ketika memberi makanan dan bergambar bersama hidupan yang jinak itu.

“Ini soal kebersihan, sekiranya kemudahan itu tersedia, pengunjung akan lebih selesa.

“Monyet ini mesra dan jinak, ramai yang memegangnya dan bila mahu basuh tangan, tidak ada pancur air,” kata Zawawi Md Isa, 38 dari Shah Alam.


Pengarang :