Selangorkini
SELANGOR

Combi Sedar inisiatif atasi penularan deggi

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 18 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pasukan Mencari dan Memusnah Aedes (Combi Sedar) ekoran situasi denggi yang membimbangkan.

Pemangku Datuk Bandar MBPJ, Puasa Md Taib berkata, Combi Sedar itu yang dibentuk daripada sukarelawan setempat seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Persatuan Penduduk.

Katanya, pasukan itu akan menjalankan aktiviti mencari dan memusnah jentik-jentik aedes setiap seminggu.

Terjah denggi MB Mentari court (5)“Di samping itu, MBPJ akan membekalkan peralatan seperti pipet, lampu suluh, memberi tunjuk ajar dan latihan kepada Combi Sedar.

“Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ juga akan menjalankan auditn dari semasa ke semasa supaya masyarakat lebih serius mencegah penularan wabak denggi,” katanya.

Beliau memaklumkan program terbabit sudah bermula di peringkat sekolah, perumahan strata dan kawasan tapak binaan.

“Kita berhasrat untuk memperluaskan lagi perkhidmatan itu dengan mengajak lebih ramai masyarakat bersama menghapuskan pembiakan denggi,” katanya.

PuasaMBPJ dan Jabatan Kesihatan Negeri menyarankan masyarakat mengamalkan konsep melindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan repellen bagi langkah pencegahan.

“Penduduk juga disaran menggunakan semburan areosol terutama di dalam rumah dan membersihkan kawasan takungan,” katanya.

Untuk rekod, Jabatan Kesihatan Persekitaran melaksanakan semburan ULV di 4,700 rumah membabitkan 2,260 kediaman disembur dengan semburan TIFA, manakala sejumlah 1,599 lagi menerima semburan kabus (THERMAL).

Kawasan MBPJ mencatat 1,490 kes sehingga 15 Februari lalu dan mengenal pasti 117 kawasan lokaliti wabak untuk diambil tindakan dengan segera.

-NFN-


Pengarang :