Selangorkini
NASIONAL

Fitnah 2: Orang ramai kecewa keputusan mahkamah

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 10 FEB: Keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman salah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan penyokong dan orang ramai hari ini.

Roslan Mat dari Lembah Pantai ketika ditemui mengakui sedih dengan keputusan itu.

anwar 1“Terus terang Datuk Seri adalah cikgu saya semasa saya belajar. Dia idola saya.

“Bila dia dituduh sebegitu saya kenal siapa Saiful. Saya pernah belanja dia makan. Saya rasa sedih mengapa dia (Saiful) buat begitu,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi Mohd Salehudin Mohd Kidin, perjuangan ditinggalkan Anwar perlu diteruskan namun beberapa program dirancang bersama Ketua Pembangkang itu perlu disemak semula.

Bagi Bendahari AMK Pusat, Ahmad Zahid Khalid, keputusan yang dibuat terhadap Anwar disifatkan tidak adil.

“Bagi kami ini keputusan yang sangat sangat tidak adil dan lawak.

“Kami akan mengadakan perjumpaan secepat mungkin bagi merangka agenda utama buat parti,” katanya kepada Selangor Kini.

Suasana hiba menyelubungi perkarangan luar Mahkamah Persekutuan apabila Anwar didapati bersalah sekaligus gagal menolak rayuan dalam tuduhan Fitnah 2.0.

Keputusan ini dibuat selepas panel lima hakim yang diketuai Tun Arifin Zakaria membacakan keputusan penghujahan yang bermula sejak jam 10 pagi.

Linangan air mata menjadi saksi hampir ribuan penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat khususnya PKR selepas dimaklumkan mengenai keputusan berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap Anwar sekaligus menyaksikan status beliau selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh terlucut secara automatik.

Anwar dibawa ke Penjara Sungai Buloh bagi menjalani hukuman penjara.

EZY


Pengarang :