Selangorkini
SELANGOR

Fomca: Bentuk badan khas selenggara rumah kos rendah & PPR

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 FEB: Kerajaan Negeri disaran membentuk sebuah badan khas khusus bagi melakukan penyelenggaraan di kawasan rumah kos rendah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (2)Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman berkata, langkah itu perlu memandangkan pihak badan pengurusan bersama (JMB) sering kesuntukan dana.

“Ini kerana kebiasaannya penduduk bukan pemilik tetapi hanya penyewa maka kesedaran untuk membayar yuran penyelenggaraan itu kurang.

“Keadaan ini membuatkan pihak JMB tidak berupaya menjalankan penyelenggaraan secara berkala hingga menyumbang kepada infrastruktur dan kemudahan yang kurang memuaskan serta adakalanya membahayakan,” katanya kepada Selangor Kini.

 


Pengarang :