Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Jingga 13 kesal Polis tahan Fariz Musa

ccsb-ads

Jingga 13 Malaysia begitu kesal serta menyelar sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dan juga Ketua Koordinator Jingga13, Saudara Fariz Musa serta aktivis mahasiswa Adam Adli selepas Himpunan ‪#KITALAWAN di Sogo lewat petang semalam.

Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara meluas. Sebagai sebuah negara demokrasi maka sudah semestinya kebebasan bersuara menjadi ciri utama yang menunjangi proses demokrasi itu sendiri.

B-W94wZCUAAMRTcPerkara 10 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan bersuara dan berhimpun merupakan kebebasan asasi yang diberikan kepada setiap warganegara.

Hak-hak tersebut adalah tonggak kepada demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan ia juga merupakan perkara-perkara yang terkandung dalam ‘Hak Asasi Manusia Sejagat’ (Universal Human Rights Fundamental Liberties).

‘Kebebasan Bersuara’ (freedom of speech) dinyatakan dengan jelas di dalam Perkara 10 (1) (a) bahawa tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

Jingga 13 dengan ini mendesak pihak polis untuk membebaskan Fariz dan Adam serta-merta. Pihak berkuasa mesti menghormati hak demokrasi rakyat Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Orenji
Ketua Koordinator Penerangan
Jingga13 Malaysia


Pengarang :