SELANGOR

LAPORAN KHAS: Penduduk tidak puas hati kualiti turapan

SHAH ALAM, 19 FEB: Kualiti turapan jalan raya pada masa kini sangat teruk berbanding dahulu dan sangat mengecewakan apabila rosak serta berlubang dalam tempoh singkat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Azmizam Zaman Huri berkata, Kerajaan Negeri dan PBT perlu memastikan turapan jalan terutama yang menggunakan peruntukan MARRIS lebih berkualiti.

_MG_0138“Kualiti turapan sekarang tidak sama seperti dulu kerana tidak sampai enam bulan sudah ada jalan yang rosak terutama di Klang.

“Saya banyak terima aduan daripada penduduk. Mereka tidak puas hati dengan turapan yang tidak berkualiti.

“Kenapa kita bayar mahal tetapi penduduk tidak dapat kualiti jalan yang sepatutnya. Banyak kawasan yang turapan jalannya sangat nipis,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

azmizam luar pc 01Katanya, Kerajaan Negeri perlu menubuhkan jawatan kuasa audit bagi menyemak semula semua jalan diluluskan terutama yang sudah diturap, tahun lalu.

“Ambil tindakan tegas terhadap PBT yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kualiti turapan jalan berkualiti.

“Apa yang saya lihat, seperti ada pihak cuba sabotaj kerana turapan sebelum ini sangat berkualiti tetapi bermula tahun lalu sangat teruk seperti di Bandar Putera dan Taman Teluk Gedung Indah di Klang,” katanya.

-NFN-


Pengarang :