Selangorkini
SELANGOR

Mais: Tindakan terhadap Perkasa jika terbukti hina Islam

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) jika terbukti pertubuhan itu menghina Islam.

Pengerusi Mais, Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu namun tindakan hanya diambil berdasarkan laporan dibuat mengenainya.

PERKASA“Tidak kira Perkasa atau siapa sahaja, kalau memburukkan dan menghina agama Islam atau menyentuh mengenai akidah atau ajaran sesat, kita akan mengambil tindakan tetapi setakat ini tidak menerima aduan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Adzib mengulas gesaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mendakwa Perkasa sebagai pertubuhan Melayu ekstrem serta memburukkan Islam dan meminta siasatan dijalankan ke atasnya.

Beliau berkata, daripada laporan media diterima tiada sebarang kenyataan boleh disabitkan pertubuhan itu melakukan kesalahan.

“Daripada bacaan, saya nampak tidak penghinaan atau keterlaluan.

“Setakat ini saya tidak terima, kalau ada keratan akhbar atau blog, beritahu dan kita akan teliti,” katanya.

EZY


Pengarang :