Selangorkini
SELANGOR

Terima kasih Kerajaan Negeri – PAS Selangor

SHAH ALAM, 13 FEB: PAS Selangor merakamkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Negeri dan PR yang sudi hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pulau Melaka, Kelantan, hari ini.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, komitmen yang ditunjukkan itu memperlihatkan semangat setiakawan yang jitu dalam kalangan komponen PR.

nik“Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan beberapa pimpinan negeri yang saya lihat tadi antaranya Amirudin Shari dan Shuhaimi Shafiei. Saya yakin ada pimpinan negeri yang lain turut hadir.

“Begitu juga kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin bergegas ke Kota Bharu malam semalam sebaik sahaja mengetahui pemergian Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi turut ke Kelantan bagi menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahryam, pada jam 3 pagi tadi sebaik mengetahui berita berkenaan.

-NFN-


Pengarang :