NASIONAL

PAS tak ada komplot singkir Abdul Hadi

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya kumpulan yang ingin menyingkirkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Katanya, perkara terbabit tidak dibincangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat.

hadi“Tidak, tidak ada. Saya tidak pakai semua dakwaan itu,” katanya kepada media selepas Mesyuarat AJK PAS, di sini.

Beliau turut memaklumkan Abdul Hadi akan turut sama dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, petang ini.

Pada sebelah pagi, Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan komplot jahat yang didakwa dilakukan untuk menguasai PAS Pusat serta menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi.

Beliau juga menamakan beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat didakwa mendalangi komplot jahat itu melalui kerja khianat dan di luar batasan Islam.

mustafa aliMenyentuh initipati mesyuarat, beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan muktamar dan pemilihan PAS yang akan berlangsung tahun ini.

“Tempat muktamar adalah Selangor. Buat masa ini tempat yang dicadangkan adalah Kuala Selangor yang dijangka adakan diadakan pada Jun,” katanya.

-NFN-

 


Pengarang :