SELANGOR

Peserta SMUE nikmati Jom Shopping RM500

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 12 FEB: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tampil dengan pendekatan baru untuk diperhalusi Kerajaan Negeri dalam memastikan warga emas yang berdaftar di bawahnya menikmati manfaat program semasa hidup dan selepas meninggal dunia.

Berbeza dengan pendekatan sedia ada, cadangan baharu itu membolehkan peserta SMUE menikmati sebahagian sumbangan ketika masih hidup menerusi program ‘Jom Shoping’.

MBPJ Program Warga Emas Sihat 02Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir berkata, cadangan itu dilihat lebih berimbang selain membuka ruang untuk warga emas menikmati hasil negeri ketika hayat mereka.

“Jumlah sumbangan tetap sama iaitu RM2,500. Kita akan gunakan RM500 untuk program Jom Shoping iaitu RM100 setiap tahun sepanjang tempoh lima tahun.

“Manakala, bakinya RM2,000 akan disalurkan selepas kematian,” katanya.

Menerusi kaedah sedia ada, peserta SMUE akan menerima sumbangan (khairat kematian) selepas waris mereka meninggal dunia melalui dua fasa iaitu RM1,000 pada fasa 1 dan bakinya RM1,500 pada fasa 2 (60 hari selepas kematian).

SMUE_gombk_setia_01Kamsani berkata, cadang itu akan dipanjangkan kepada Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi sebelum dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“SMUE akan memanjangkan cadangan ini kepada Exco yang kemudiannya akan membentangkan perkara ini dalam MMKN.

“Jika diluluskan, kita jangkakan pertengahan tahun ini ia dapat dilaksanakan,” katanya.

SMUE adalah salah satu dari tujuh agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) fasa 1 yang mula diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mula mentadbir Selangor, pada Mac 2008.

-NFN-


Pengarang :