Selangorkini
SELANGOR

Ustaz Azhar Idrus, selebriti popular meriahkan Raudhah d Ridhuan hujung minggu ini

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 FEB: Pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus ]dan beberapa selebriti tanah air akan memeriahkan program Raudhah d Ridhuan di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, pada 28 februari dan 1 Mac ini.

Uztaz Azhar Idrus akan muncul pada hari kedua selepas solat isyak untuk menyampaikan ceramah yang juga acara penutup program berkenaan.

pic ustaz azhar idrus di stadium PJProgram itu turut diserikan dengan kehadiran penceramah popular lain antaranya Ustaz Zul Ramli, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Haslin Baharin, Habib Ali Zainal Abdin, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustazah Asni Mansor, Ustazah Norhafizah Musa dan Ustazah Halimah Alaydrus.

Beberapa selebriti juga diundang ke majlis seperti Shamsul Ghau Ghau, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Fynn Jamal.

Antara pengisian majlis ilmu istimewa itu adalah qiyamullail, kuliah subuh, kuliah dhuha 1 dan 2, tazkirah dan talkshow Zuhur, kuliah asar dan maghrib diikuti forum perdana isyak.

Ruangan atas masjid berkenaan juga akan dibuka khusus buat jemaah yang musafir untuk bermalam.

-NFN-


Pengarang :