NASIONAL

Ahli Parlimen PR botak kepala demi Anwar

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dan seorang Adun Pulau Pinang secara sukarela membotakkan kepala mereka sebagai tanda protes terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di depan bangunan Parlimen.

Tiga pemimpin yang memulakan acara itu adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Wong Sze Phin; Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Machang Bubuk, Lee Kai Loon.

IMG_6267Protes cukur rambut yang berlangsung secara aman selama 15 minit itu turut disertai hampir 20 Ahli Parlimen sambil melaungkan ‘Bebaskan Kehakiman’, ‘Bebas Anwar’ dan Bebaskan Perundangan’.

Pada masa sama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggerakkan Petisyen Rakyat untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk membebaskan Anwar daripada hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas beliau.

-NFN-


Pengarang :