Selangorkini
NASIONAL

Bayaran RM1,000 kepada Shafee tak logik

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Shafee Abdullah hanya dibayar RM1,000 sepanjang prosiding mahkamah bagi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempersoalkan adakah bayaran berkenaan melibatkan tiga prosiding mahkamah berbeza.

shafee“Adakah betul (kos RM1,000) sepanjang Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang ditanggung kerajaan?” katanya pada sidang media ringkas, di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Bagi Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, jumlah RM1,000 itu disifatkannya tidak logik dan tidak munasabah.

“Untuk dapatkan perkhidmatan dengan harga RM1,000 itu juga sudah membuka ruang untuk kita membuat spekulasi

Adun kapar G Manivanan“Dengan pengalaman dan penglibatan beliau termasuk boleh mengembara seluruh Malaysia, angka RM1,000 seolah-olah memberikan kita tanda soal.

“Antara angka itu, mungkin bukan angka sebenar atau ada cerita di sebalik nilai yang sepatutnya,” katanya.

Sebelum itu, dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat pada sebelah pagi, Nancy berkata, pembayaran itu dibuat Jabatan Peguam Negara kepada Shafee.

-NFN-


Pengarang :