NASIONAL

PRK Dun Chempaka saksi pertandingan 5 penjuru

SHAH ALAM, 10 MAC: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka yang berlangsung di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, ditutup jam 10 pagi ini.

Memetik Bernama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ibrahim, Bakri Mat Deris dijangka membuat pengumuman berkenaan PRK itu kemudian dan pengundian dijadual, pada 22 Mac ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat, pada 12 Februari lalu.

pasDUN Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa; 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara.

Lima orang termasuk wakil PAS iaitu Ketua Urusan Ulama Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad dilihat memasuki pusat penamaan calon itu untuk proses penyerahan kertas pencalonan.

Empat yang lain adalah bekas calon PRK Dun Pengkalan Kubor, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan, Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara, Aslah Mamat, 64.


Pengarang :