SELANGOR

Safee Sali: Tak mustahil saya kembali ke Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 MAC: Bintang bola pasukan berstatus bintang JDT, Mohd Safee Sali tidak menolak kemungkinan beliau akan kembali menyarung jersi Selangor pada masa akan datang.

Mohd Safee berkata, walaupun kini beliau bermain dengan pasukan yang turut dikenali dengan jolokan ‘Harimau Selatan’ tetapi sebagai anak kelahiran Selangor beliau masih mengikuti perkembangan bola sepak negeri ini.

safee“Saya sekarang mempunyai kontrak dengan JDT. Bagi saya di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Bagaimanapun saya tidak pernah lupa asal-usul saya. Jika Selangor mempunyai kelab yang cukup profesional dari segi pengurusan dan pasukan, tak mustahil saya kembali ke Selangor.

“Ke mana pun saya pergi, kita semua dah tahu Selangor mempunyai sejarah yang baik dalam bola sepak. Saya harap Selangor akan menjadi sebuah pasukan digeruni kembali dan mempunyai pengurusan yang profesional.

“Sebagai seorang pemain profesional, ketika ini saya kekal komited bersama JDT,” kata Safee ketika dihubungi Selangor Kini.

Safee Sali sebelum berhijrah ke JDT merupakan bintang dilahirkan Selangor sebelum bermain dengan kelab

Mohd Safee Mohd Sali, 31 tahun, dianggap sebagai antara pemain bola sepak kelahiran Selangor terbaik yang pernah ada.

Beliau yang dianggap pemain terbaik pada eranya juga merupakan pemain Malaysia pertama bermain dalam kancah liga bola sepak profesional Indonesia.

Selain pernah bermain dengan pasukan Selangor dan JDT, Safee turut pernah bermain untuk pasukan TMFC, Kuala Lumpur FA dan Sarawak FA.

EZY


Pengarang :