Selangorkini
SELANGOR

Kapasiti seluruh empangan Selangor terkawal

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 MAC: Kapasiti tiga daripada lapan empangan di Selangor berada di bawah 80 peratus berdasarkan pemantauan yang dilakukan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) .

Menurut laman sesawang Luas, empangan terbabit adalah Kolam Takungan Sungai Labu (ORS) pada kapasiti 77.11 peratus bersamaan 6.87 juta liter padu, empangan Sungai Selangor pada 73.89 peratus bersamaan 169.96 juta liter padu dan empangan Sungai Tinggi pada 70.29 peratus bersamaan 80.36 juta liter padu.

EmpanganKolam Takungan Batu pula mencatat 86.70 peratus pada kadar 27.71 juta meter padu dan empangan Klang Gates 84.70 peratus (21.46 juta meter padu).

Selain itu, empangan Sungai Langat 31.35 juta meter padu (91.96 peratus), empangan Sungai Semenyeh pula 56.26 juta meter padu (95.24 peratus) dan empangan Tasik Subang pula 4.21 juta meter padu (100 peratus).

Luas memulakan proses pembenihan awan sekitar Empangan Sungai Selangor bertujuan menambah kapasiti takungan air yang menurun dan kini berada di paras 73.89 peratus.

-NFN-


Pengarang :