Selangorkini
SELANGOR

7 Adun digantung dapat tunggakan gaji & elaun

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 APR: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini memutuskan bayaran RM395,583 kepada tujuh Adun yang pernah digantung.

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan memutuskan isu pembayaran kemudahan dan keistimewaan Adun yang pernah digantung adalah membabitkan gaji dan elaun mereka yang tidak dibayar.

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim yang digantung 18 bulan menerima RM99,700.

DNS-2015-smallManakala enam lagi iaitu bekas Adun Sungai Panjang, Dr Mohamad Khir Toyo; bekas Adun Dengkil, Datuk Marsum Paing; bekas Adun Sabak, Datuk Warno Dogol; bekas Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim termasuk bekas Adun Hulu Bernam, Allahyarham Datuk Mohamed Idris Abu Bakar masing- masing digantung enam bulan dengan bayaran setiap seorang berjumlah RM 294,383.

“Manakala bekas Adun Seri Serdang, Datuk Seri Dr Mohamad Satim Diman yang digantung sebulan adalah RM1,500,” katanya ketika sidang media di Bangunan Annex, di sini.

Katanya, jawatankuasa sebulat suara bersetuju untuk merujuk prinsip undang-undang keputusan kes Mahkamah Persekutuan Yang Dipertua Dewan Rakyat kes Gobind Singh Deo (2014) 9CLJ 577.

HannahMahkamah Persekutuan pada 3 November tahun lalu memutuskan tiada undang-undang memberikan Parlimen kuasa menggantung pendapatan ahlinya, sekali gus mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan Gobind ketika beliau digantung selama setahun pada 2009.

“Justeru, jawatankuasa yang bermesyuarat pada 28 Januari lalu setuju untuk membayar semua elaun dan gaji tertunggak kepada Adun yang pernah digantung,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu terdiri daripada Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari; Adun Morib, Hasnul Baharuddin; Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan; Adun Teratai, Tiew Way Keng dan Adun Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz.

-NFN-


Pengarang :