NASIONAL

Azmin: Muafakat selesai isu fatwa, kekal semangat kekeluargaan

SHAH ALAM, 23 APR: PKR bersikap tenang terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju dengan ‘fatwa’ ulama akar umbinya bahawa haram menyokong calon pilihan raya yang menolak hudud.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berkata beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan secara muafakat dalam semangat kekeluargaan.

MB Azmin“Jadi saya harap semua parti memegang prinsip Pakatan Rakyat untuk mencapai kejayaan masa akan datang,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengakui pandangan kontroversi Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman, berkenaan haram dan berdosa mengundi calon menolak hudud.

“Betullah tidak boleh, iya,” katanya dalam program Bicara Minda bertajuk Hudud Dari Kaca Mata Hadi di Auditorium Karangkraf, di sini, semalam.


Pengarang :