KENYATAAN MEDIA

BantahGST Siri 2 : “Jangan Cukai Anak Kita”

Parti KEADILAN hari ini melancarkan Kempen #BantahGST siri ke-2 iaitu “Jangan Cukai Anak Kita”. Kempen ini bertujuan mendesak kerajaan meletakkan 4 kategori barangan kanak-kanak (5 tahun dan ke bawah) kepada Pembekalan Berkadar Sifar (zero-rated Supply).

Tiga Kategori yang kami cadangkan adalah:

1. Kos Konsultasi Doktor, barangan perubatan dan Vitamin kanak-kanak

Kami setuju dengan MP BN Sepanggar Datuk Jumat Idris bahawa GST konsultasi doktor membebankan rakyat, maka ia harus berkadar sifar seperti perjumpaan doktor yang biasa. Tidak harus mencukai orang yang jatuh sakit. Tidak ada orang ingin jatuh sakit. Barangan perubatan dan vitamin ini diperlukan untuk memulihkan kesihatan kanak-kanak. Kesemua ini barangan keperluan perubatan.
Contoh: Kos Konsultasi doktor kanak-kanak, Vitamin, supplement, kool-fever, handiplus dan sebagainya.

2. Barangan Kebersihan (Hygine) Kanak-kanak

Barangan ini diperlukan untuk memastikan kebersihan kanak-kanak dijaga demi membasmikan penyakit berjangkit.
Contoh: Pampers, wet tissue, shampoo kanak-kanak, lotion kanak-kanak

3. Barangan peralatan kanak-kanak asas

Barangan peralatan asas diperlukan untuk pertumbuhan kanak-kanak.
Contoh: Botol susu, puting

4. Susu Kanak-kanak

Susu kanak-kanak adalah minuman protein berkhasiat utama untuk kanak-kanak di Malaysia. Ia harus diletakkan di pembekalan kadar sifar.

Kami menjangkakan satu keluarga muda dengan 3 anak, secara purata membayar GST RM120 sebulan kerana membayar bahan keperluan kanak-kanak. Ini bebanan yang berat kepada ibu-bapa dan keluarga muda.

Kanak-kanak adalah harapan keluarga kita. Dasar Kerajaan harus menunjukkan kasih sayang yang tertinggi kepada kanak-kanak kita. Malangnya, kerajaan UMNO/BN hanya berminat untuk mengaut keuntungan yang paling maximum. Tinjauan kami, cukai GST merangkumi barangan kanak-kanak secara meluas. Ini tidak menunjukkan kasih sayang kerajaan ke atas kanak-kanak.

Maka, Parti KEADILAN terpanggil untuk membawa suara kanak-kanak dan keluarga muda kepada pihak kerajaan. Kami akan membawa kempen ini secara meluas ke seluruh pelosok Negara melalui flash mob, forum dan ceramah.

Berapa Cukai dibayar selepas 1 bulan GST

Kami juga menyeru ibu-bapa menandatangani petisyen rakyat membantah GST di laman web BantahGST.com Selepas kami lancarkan laman web ini, ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kami harap, sekarang golongan ibu bapa menyertai kami dalam menyuarakan Bantahan GST.

Kami juga meminta semua rakyat memaklumkan kepada kami berapakah cukai yang mereka bayar selepas 1 bulan GST. Mereka boleh memaklumkan kepada kami melalui website tersebut. Kami ingin mendapatkan data untuk membuat kajian yang lebih saintific.

Parti KEADILAN menjangkakan pihak kerajaan akan terpaksa membuat U-turn terhadap isu GST jika semua rakyat Malaysia sepakat membantah GST.

Sim Tze Tzin
Pengarah Biro Strategi Parti KEADILAN

YB Haniza Talha
Timbalan Ketua Wanita

YB Manivannan
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN

YB Rodziah Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN


Pengarang :