Selangorkini
SELANGOR

MRT 2 ambil kira bilangan penumpang & alam sekitar

Oleh: NAEEM RAFFI

DAMANSARA, 29 APR: Mass Rapid Transit (MRT) Corp mengesahkan penyusunan semula  laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT 2) berdasarkan bilangan penumpang dan faktor alam sekitar.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Mahmood Abdul Razak berkata, penyusunan semula itu juga membolehkan MRT 2 dihubungkan dengan stesen kereta api laju HSR Kuala Lumpur-Singapura yang akan ditempatkan di Bandar Malaysia.

Mahmood turut menafikan dakwaan keputusan itu diambil atas arahan kerajaan untuk merangsang projek 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Projek-mrt-300x202“Penghalaan semula melalui Bandar Malaysia adalah inisiatif kami sendiri berbanding cadangan sebelum ini iaitu melalui laluan Pandan dan Cheras yang akan menyebabkan bilangan penumpang lebih tinggi.

“Penyusunan semula ini juga membolehkan perhubungan lebih baik dengan pengendali kereta api lain,” katanya dalam sidang media di MRT Information Centre, di sini, hari ini.

Pada 30 Mac lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua mempersoalkan keputusan menyusun semula projek untuk Bandar Malaysia bukannya Cheras dan Pandan.

Projek MRT 2 sepanjang 52.2 kilometer (km) itu akan menghubungkan Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Serdang menggunakan laluan kereta api bawah tanah dan laluan tergantung.

Ia melibatkan 36 stesen dengan 25 laluan tergantung (38.7 km) dan 11 di bawah tanah (13.5 km) bermula dari stesen Damansara Damai dan berakhir di Stesen Putrajaya Sentral serta disediakan depot kecil di stesen Serdang.

-NFN-


Pengarang :