Selangorkini
SELANGOR

Pembangunan jangan sampai meroboh

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 APR: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mahu memastikan pembangunan fizikal di Selangor, sama sekali tidak ‘merobohkan manusia’.

Beliau meminta semua pihak mengingati pesanan bekas Perdana Menteri Indonesia, Muhammad Natsir supaya pembangunan bukan bersifat meroboh.

“Muhammad Natsir pernah berpesan, sambil membangun jangan kita meroboh. Jangan kita bangunkan gedung, institusi, bangunan pencakar langit tetapi merobohkan manusia di dalamnya.

makr short mb baru“Tiada makna bangunan yang dibina tetapi nilai kemanusiaan di dalamnya roboh,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Muhammad Natsir adalah Perdana Menteri ke-5 Indonesia yang dilantik oleh Sukarno yang menganggap beliau mempunyai konsep untuk menyelamatkan republik itu melalui konstitusi.

Beliau meninggal ketika usia 84 tahun di Jakarta, pada 6 Februari 1993.

Mohamed Azmin mengingatkan, pembangunan tidak terhad kepada fizikal tetapi nilai dan jati diri yang berpegang kepada integriti.

integriti 3Beliau berkata, integriti penting demi memastikan pembangunan menghasilkan kejayaan tanpa meruntuhkan nilai kemanusiaan.

“Ia syarat utama bagi mewujudkan pentadbiran bersih, efisyen, telus dan bertanggungjawab. Ini sebenarnya paksi pembangunan untuk memastikan negara itu akan maju atau mundur,” katanya.

Justeru, Mohamed Azmin tidak akan membiarkan ketirisan dan rasuah berlaku dalam pentadbiran.


Pengarang :