Selangorkini
SELANGOR

Penduduk terharu terima kunjungan mengejut Adun Kajang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 APR: Tiada ungkapan kata-kata, hanya air mata mengiringi lawatan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah ke rumah Zainab Harun,59, yang suaminya lumpuh sembilan tahun lalu.

Zainab berkata beliau tidak menyangka susuk pemimpin itu sudi hadir ke rumahnya untuk menziarah suaminya, Raja Sabaruddin Raja Mahmud, 59.

Sehari bersama Kak Wan (18)“Siapa sangka pemimpin dikenali itu hadir ke rumah saya. Sangat terharu dan terkejut,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Taman Delima.

Azizah berkata beliau sentiasa meluangkan masa dan kesempatan untuk bertemu dengan penduduk di kawasannya.

“Sambil itu, kita juga beri mereka sumbangan mana yang kita mampu dan mendengar luahan mereka untuk diselesaikan,” katanya.

Azizah di dalam lawatannya selama sehari di sekitar Dewan Undangan Negerinya berkesempatan melawat beberapa penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.

Dalam lawatan itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan asas harian.

Selain ziarah dan sumbangan, Azizah turut mendengar permasalahan penduduk.

EZY


Pengarang :