Selangorkini
SELANGOR

Pengarah PPAS: ‘Baca buku, guna handphone tak kira’

Oleh  AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 23 APR: Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dilaksanakan serentak di seluruh negeri sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia bermula jam 10 pagi tadi.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPAS, Dr Halimah Ali, berkata ia langkah berterusan membentuk minat membaca setiap hari meskipun dalam tempoh singkat.

Katanya, ia selaras dengan pelancaran Gerakan Membaca Perdana Negeri yang dirasmikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 26 Jun 2010.

“Ia selaras dengan hasrat menjadikan negeri ini sebagai hab ilmuan dengan mempersada perpustakaan,” katanya selepas merasmikan program itu di PPAS, hari ini.

Jom Baca 10 minit di PPAS (7)Program kali kedua anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu mendapat kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia.

Pengarah PPAS, Mastura Muhamad, bagaimanapun menyifatkan pembacaan harus melalui buku, bukan menggunakan wadah elektronik.

“Kalau baca kena bukulah, kalau (baca) di handphone (telefon bimbit) tak kira,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata sebanyak 14 perpustakaan negeri mengambil bahagian termasuk Perpustakaan Negara.

Katanya, program itu diharapkan mampu menjadikan perpustakaan awam seluruh negara relevan dalam kehidupan masyarakat.

“Kita memiliki 1,100 perpustakaan awam seluruh negara, jadi kita harap ia dapat dimanfaat,” katanya.


Pengarang :