Selangorkini
NASIONAL

69% mengundi hingga 4 petang, Kak Wan minta jangan tunggu lagi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, sehingga kini 49,334 orang atau 69 peratus pengundi sudah keluar mengundi setakat jam 4.00 petang tadi.

_MG_7739Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengundi yang belum mengundi masih sempat berbuat demikian sebelum pusat mengundi ditutup pada jam 5.00 petang ini.

“Ada pusat mengundi cecah 66 peratus seperti di Sekolah Permatang To’ Kundu, di sini.

“Masih sempat lagi. Sesiapa yang belum mengundi lagi boleh cepat datang mengundi,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, pengundi perlu mengambil kesempatan memandangkan peluang menentukan suara rakyat Malaysia bukan selalu ada.

-NFN-


Pengarang :