Selangorkini
SELANGOR

Adun: Polis makan cili hingga rasa pedas?

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 7 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih profesional dan tidak berat sebelah dalam menangani kes membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, sikap dwi standard itu bukan sahaja memberi tekanan kepada pemimpin PR, bahkan menjejaskan kepercayaan awam terhadap badan keselamatan itu.

ngsueelim“Rakyat dan pemimpin PR diburu dan ditangkap dengan tegas. Sebaliknya, tindakan sedikit lembut bila melibatkan penyokong dan pemimpin BN.

“Rakyat nampak jurang ini, kenapa bila Mohamed Azmin tegur ada pihak sukar terima hakikat. Adakah mereka ini sedang memakan cili sehingga terasa pedas?,” katanya kepada Selangor Kini.

Suee Lim mengulas kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang memberi tempoh seminggu untuk Mohamed Azmin memohon maaf secara terbuka berhubung pertanyaan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sama ada beliau adalah ‘Barua Umno’.

Abdul Rahim berkata, Mohamed Azmin bakal berdepan tindakan lanjut jika gagal berbuat demikian.

-NFN-


Pengarang :