Selangorkini
SELANGOR

BN ibarat ludah ke langit jatuh ke muka sendiri

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 MEI: Slogan Barisan Nasional (BN) ibarat ‘ludah ke langit jatuh ke muka sendiri’, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Azmizam Zaman Huri.

Azmizam berkata, apa yang Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Malaysia (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi cuba lakukan adalah untuk mengalih perhatian rakyat dan menimbulkan persepsi seolah-olah PR berbohong dalam memberi maklumat.

“Kalau dilihat pendedahan yang diberi PR adalah benar, sebab itu disambut baik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

azmizam luar pc 01“Beliau sendiri mempersoalkan tindakan Umno dan BN. Namun, ehingga kini Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menjawab persoalan yang diberi,” katanya sewaktu dihubungi Selangor Kini.

Azmizam berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Puad supaya BN Selangor menggunakan hashtag #SerangTerusSerang dan #DedahTerusDedah untuk melawan “pembohongan” PR.

“Kita mesti mengambil pendekatan yang sama iaitu menyerang dengan propaganda. Kita tahu propaganda mereka sebenarnya ialah berbohong,” katanya.

Sehubungan itu, Azmizam berkata, Mohd Puad perlu minta Najib Razak untuk menjawab semua persoalan Tun Mahathir sebelum menggunakan hashtag #SerangTerusSerang dan #DedahTerusDedah untuk melawan PR.

“Seperti persoalan kes pembunuhan Altantuya, bagaimana C4 itu boleh dikeluarkan? Sehingga kini tidak dijawab Najib.

undi-bn-end“Satu lagi isu ke mana duit 1MDB? Blog Tun Mahathir sebagai bekas perdana menteri dan menteri kewangan masih mempersoalkan ke mana jumlah wang sebesar itu disimpan tetapi Najib masih berdiam diri.

“PR sebelum ini memainkan isu GST yang terang-terangan membebankan rakyat. Kini, bloger pro Umno sudah tidak mampu pertahankan BN di alam siber, bahkan mereka menyerang dan menyokong tindakan Tun Mahathir,” katanya.

Azmizam berkata, Mohd Puad perlu selidik apa yang ingin didedahkan dalam PR sebelum melancarkan slogan itu kerana akhirnya yang terdedah dan terus diserang adalah kerajaan BN-Umno.

-NFN-


Pengarang :