Selangorkini
SELANGOR

Kerja naik taraf Bulatan Othman selesai 25 Mei

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 20 MEI: Projek naik taraf Bulatan Othman kepada persimpangan lampu isyarat bagi mengurangkan kesesakan di Petaling Jaya dijangka siap sepenuhnya, pada 25 Mei ini, kata Datuk Bandarnya, Mohd Azizi Mohd Zain.

Katanya, projek melibatkan kos RM3.14 juta itu bermula Otober 2013, namun menghadapi beberapa masalah yang mengakibatkannya gagal diteruskan dalam tempoh waktu tertentu.

“Masalah pengalihan paip yang terletak di kawasan pelebaran jalan menyebabkan projek ini tertangguh.

jalan sultan mbpj“MBPJ sudah memohon kelulusan Syabas. Kerja pengalihan dan pemasangan paip baru siap diselesaikan pada Oktober 2014,” katanya pada sidang media projek itu, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Azizi berkata, persimpangan lampu isyarat sudah beroperasi bagi tempoh percubaan membabitkan pemantauan kontraktor dalam usaha mengenalpasti keadaan trafik, pada 17 Mei lalu.

“Dalam tempoh projek itu siap sepenuhnya, MBPJ akan selesaikan sebarang masalah dan seterusnya jalan akan diturap bagi lapisan akhir,” katanya.

-NFN-


Pengarang :