Selangorkini
SELANGOR

MB: Jangka hayat BN hampir penghujung jalan

Oleh: HAFIZAN TAIB dan NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh, membuktikan rakyat menolak kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Reformasi, hidup hidup, hidup rakyat, tolak GST…Umno mati,” laung Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika memulakan ucapan di Kubang Semang, di sini, semalam.

Beliau berkata, keputusan di Permatang Pauh sama dengan apa disuarakan rakyat di Rompin apabila BN khususnya Umno terus ditolak.

bendera 7Katanya, kemosotan sokongan itu petanda jangka hayat BN di Putrajaya semakin menghampiri penghujung jalan.

“Kalau ini kebangkitan rakyat yang ditunjukkan di Rompin dan Permatang Pauh, kita akan teruskan perjuangan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

“Bebas bukan kerana isteri dan anaknya tetapi bebas Anwar maka rakyat Malaysia lepas daripada kezaliman Umno dan BN,” kata Dato’ Menteri Besar Selangor itu.

azmin rmmSemalam, Wan Azizah diangkat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh apabila memperoleh 30,316 undi menewaskan calon BN, Suhaimi Sabudin (21,475), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) (101) dan Salleh Isahak (bebas) (367) dengan majoriti 8,841.

Pada 5 Mei lalu, PRK Rompin menyaksikan penurunan ketara majoriti BN sebanyak 41 peratus apabila calonnya, Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,796 undi menewaskan Nazri Ahmad (PAS) (14,901) dengan majoriti 8,895.

Antara isu utama yang diyakini mempengaruhi keputusan dua PRK itu adalah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu yang membebankan rakyat.

-NFN-


Pengarang :