Selangorkini
NASIONAL

Pakatan perlu tempoh bertenang elak percanggahan pendapat

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 25 MEI: PKR yakin isu membabitkan DAP serta PAS mampu diatasi dalam tempoh terdekat dan ia tidak menggugat Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tempoh bertenang diperlukan bagi merungkai isu perbezaan pandangan supaya ia tidak berlarutan.

PAKATAN RAKYAT“Diharap isu membabitkan pemimpin kedua-dua parti mampu diselesaikan dalam dua ke tiga minggu ini dan tidak mendatangkan kesan kepada PR.

“Kita memerlukan tempoh bertenang dalam tempoh tertentu supaya ia kembali ke landasan sebenar seperti mana diharapkan rakyat keseluruhannya,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Rafizi berkata demikian mengulas kenyataan dibuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai masa depan gabungan parti dalam PR berikutan isu kerajaan perpaduan.

Katanya, PKR berharap apa juga keputusan dicapai dalam Muktamar PAS nanti tidak mendatangkan kesan negatif terhadap PR.

“Saya tidak membuat sebarang spekulasi dan memahami akan kebimbangan dilahirkan Kit Siang berhubung perkara itu.

“PR menghadapi pelbagai rintangan dan tempoh ada kalanya sukar sejak enam tujuh tahun lalu namun kita masih kekal di sini, saya yakin PR masih mewakili suara majoriti rakyat,” katanya.

Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan PAS konsisten dengan ketetapan bersama seperti mana diputuskan dalam Muktamar PAS sebelumnya.

“Usahlah terlalu mudah mempercayai khabar fitnah isu kerajaan perpaduan yang tidak berkesudahan ini termasulah apa diucapkan Mantan Timbalan Presiden PAS.

“Bahkan Majlis Syura Ulamak PAS turut membuat penafian kononnya majlis dan ahlinya ada yang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan PAS dengan Umno-BN,” katanya.

EZY


Pengarang :