Selangorkini
NASIONAL

Pemerdagangan orang: Malaysia sebaris Zimbabwe & Korea Utara

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Malaysia sebaris dengan Zimbabwe dan Korea Utara dalam indeks pemerdagangan serta penyeludupan manusia apabila berada pada kedudukan ‘tier’ 3, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, laporan yang dikeluarkan Amerika Syarikat melaporkan aktiviti itu melibatkan warga asing yang dikerah bekerja secara paksa termasuk sebagai pekerja seksual.

“Kerajaan perlu siasat secara menyeluruh termasuk mengambil tindakan kepada kakitangan yang terlibat. Kita perlu berusaha melonjak ke ‘tier’ satu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang berkenaan isu itu, di Parlimen, hari ini.

burma-refugee_childrenBeliau berkata, sebelum ini kerajaan juga memiliki maklumat kegiatan menyeludup manusia termasuk nombor akaun pihak terlibat, namun gagal mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya.

Katanya, kerajaan juga perlu mengambil kira Maqasid Syariah sebagai panduan untuk bertindak kerana perkara kedua di dalamnya adalah menjaga nyawa.

“Kerajaan juga perlu bertindak segera dalam isu 8,000 pelarian Rohingya yang terkandas di perairan negara Asia Tenggara. Setiap detik yang kita abaikan, ada nyawa dalam bahaya,” katanya.

-NFN-


Pengarang :