Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

PR sambut baik kenyataan Pandikar tak mahu Parlimen jadi ‘Rubber Stamp’

Oleh: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Kita menyambut baik kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam, bahawa beliau tidak mahu Parlimen dilihat sebagai ‘Rubber Stamp’ yang berfungsi di bawah telunjuk cabang eksekutif.

Memandang wujudnya aspirasi yang sama untuk prinsip pemisahan kuasa antara badan legaslatif, eksekutif dan kehakiman berfungsi demi memperkukuhkan Negara Demokrasi Berpelembagaan, maka kami Pakatan Rakyat telah pun bersepakat menubuhkan Jawankuasa Penambahbaikan Parlimen Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang dan dianggotai oleh Ketua-Ketua Whip serta seorang Ahli Parlimen mewakili setiap parti.

Malah sebuah Jawatankuasa Rancangan Malaysia ke-11 Pakatan Rakyat juga sudah dipersetujui ditubuhkan.

Adalah diharap dengan kedua-dua Jawatankuasa ini di Parlimen Pakatan Rakyat akan bertambah lebih berkesan dan memenuhi tanggungjawab serta amanah rakyat.

# Datuk Seri Dr Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh


Pengarang :