Selangorkini
SELANGOR

Tian Chua: Isu barua bukan tugas polis Pulau Pinang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 MEI: Polis Pulau Pinang menyalahguna kuasa apabila meminta Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memohon maaf kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, polis juga bersikap tidak profesional dengan mengugut membuka siasatan terhadap pimpinan tertinggi Selangor itu.

Azmin-Ali-igp“Polis sepatutnya menyiasat kes jenayah lain kerana kenyataan Mohamed Azmin tiada kaitan dengan jenayah.

“Lainlah jika beliau merosakkan kenderaan ketua polis negara atau ada perbuatan jenayah berlaku, maka boleh disiasat,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang memberi tempoh seminggu untuk Mohamed Azmin memohon maaf secara terbuka terhadap Khalid.

Jika tidak, Abdul Rahim berkata, kertas siasatan terhadap Dato’ Menteri Besar itu akan dibuka serta-merta.

tian chua pc pkr 01Mengulas lanjut, Tian Chua berkata, isu kenyataan ‘barua Umno’ itu lebih kepada isu peribadi dan tidak menyentuh mana-mana institusi.

“Jika benar IGP rasa terhina dengan pertanyaan itu, beliau boleh berjumpa Mohamed Azmin secara peribadi atau membuat permohonan saman sahaja.

“Tiada keperluan mengerahkan seluruh tenaga anggota polis untuk menyiasat sesuatu yang bukan jenayah,” katanya.

-NFN-


Pengarang :