Selangorkini
NASIONAL

Wan Azizah: Kerajaan boleh bentang macam-macam, bagaimana pelaksanaannya?

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengkaji dan meneliti pembentangan Rancangakan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kebimbangannya berkenaan kewujudan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilihat tidak menguntungkan rakyat.

wan azizah“Saya khuatir dengan pendekatan sekarang yang dilihat gagal. Salah satu contoh seperti 1MDB.

“Dalam RMK-10 mengatakan 1MDB itu akan menguntungkan rakyat. Tetapi apa kita lihat duit Lembaga Tabung Haji digunakan kerajaan,” katanya kepada media di Parlimen, di sini, hari ini.

Mengulas berkenaan RMK-11, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, kerajaan boleh mengaaris atau membentangkan pelbagai strategi tetapi yang penting adalah pelaksanaannya.

“Kerajaan boleh cakap dan bentang macam-macam tetapi apa yang penting prinsip perancangan itu mesti telus. Jangan dolak dalik, efisyen, bebas rasuah dan ketirisan serta jangan baca laporan audit sahaja,” katanya.

-NFN-


Pengarang :