Selangorkini
SELANGOR

APC 2014 suntik semangat penjawat awam

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 9 JUN: Penjawat awam muda berpeluang mendapat kenaikan pangkat bagi membentuk gandingan mantap bersama kumpulan berpengalaman dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan awam.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri komited membudayakan nilai kerja cemerlang dalam kalangan penjawat awam dan eksekutif untuk bersama menyumbang tenaga bagi kesejahteraan rakyat.

markshort mb4“Gandingan kumpulan pengalaman dan tenaga baru amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi baru dan membangunkan negeri.

“Anugerah ini pendorong kepada pegawai dan anggota perkhidmatan awam mencurah idea serta khidmat bakti demi mencapai misi juga visi Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 200 penjawat awam dari pelbagai jabatan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 111 pegawai dan penjawat awam pelbagai jabatan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

interview 3Kakitangan kontrak, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), Muhamad Noh Ramlan, 26, ternyata gembira apabila tersenarai sebagai penerima anugerah itu.

“Satu penghargaan cukup besar kepada saya walaupun baru lima tahun berkhidmat di sini. Ia menyuntik semangat untuk lebih gigih bekerja pada masa depan.

“Saya berharap anugerah ini memudahkan jalan untuk diserap sebagai kakitangan tetap,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi Pembantu Tadbir Seksyen Sektoral, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Norhalina Mohd Sapuan, 30, beliau terharu impiannya meraih anugerah akhirnya tercapai.

interview 2“Anugerah ini bukan penamat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negeri sebaliknya permulaan baru untuk saya lebih gigih mencurah bakti.

“Ini antara impian besar selepas bekerja sembilan tahun. Saya masih muda dan punya masa panjang untuk buktikan kesungguhan memberi khidmat serta membantu negeri mencapai visi juga misi,” katanya.

Semua penerima diraikan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Alidan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Khusrin Munawi.

-NFN-


Pengarang :