Selangorkini
SELANGOR

Bayaran mingguan skim HIJRAH ringankan peminjam

Oleh: AFIX REDZUAN

BATANG BERJUNTAI, 14 JUN: Skim pembayaran mingguan ditawarkan dalam Program Hijrah Selangor (HIJRAH) meringankan beban kerana rendah tanpa faedah dan lebih mesra peminjam berbanding yang lain.

IMG_7822Bagi pengusaha katering dan gerai makan, Mazidah Ahmad, 45, dia menyambut baik langkah pembayaran yang ditawarkan HIJRAH.

“Kita dah biasa buat bayaran mingguan lebih RM200, jadi ia bukan masalah. Program pembayaran mingguan ini bagus kerana kalau dibuat secara bulanan belum tentu orang bayar,” katanya kepada Selangor Kini.

Mazidah daripada Damansara Damai yang menguruskan perniagaan hampir 10 tahun menerima pembiayaan berjumlah RM15,000.

Sementara itu, Lee Fan Kim, 53, berkata bantuan itu meringankan bebannya yang kini menjalankan perniagaan makanan ringan bersama isteri di pasar pagi Taman Sentosa, Klang.

IMG_7823Fan Kim dan isteri yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima bantuan berjumlah RM3,000.

“Saya sudah berniaga lebih 10 tahun. Sebelum ini tidak pernah menerima sebarang bantuan perniagaan.

“Dengan skim ini, saya tidak terlalu terbeban kerana hanya perlu membayar RM72.34 selama 50 minggu. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

-NFN-


Pengarang :