Selangorkini
SELANGOR

MB: BR1M cipta sindrom kebergantungan berterusan

ccsb-ads

Oleh: AFIX REDZUAN

BESTARI JAYA, 14 JUN: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali secara sinis mengkritik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disifatkan mencipta sindrom kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Berbanding Program Hijrah Selangor yang memberikan bantuan kewangan untuk rakyat berniaga dan mengangkat pendapatan merea supaya keluar daripada kepompong kemiskinan serta menjana ekonomi keluarga.

MB Azmin“Ini bukan program bantuan kewangan BR1M. Pemberian BR1M sebenarnya tidak mengupayakan rakyat.

“Ia hanya mencipta sindrom kebergantungan yang berterusan,” katanya di Dewan Canselor Universiti Selangor (UNISEL), di sini, hari ini.

Katanya, sambutan menggalakkan rakyat Selangor membuktikan mereka menyokong dasar Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100 juta bagi Program Hijrah. Untuk tahun 2016, kita akan memikirkan bagi menaikkan jumlah ini,” katanya.

IMG_7809Penyerahan pembiayaan itu berlangsung meriah dengan 3,557 peserta menerima cek Program Hijrah fasa ketiga berjumlah RM20.95 juta.

Pada majlis sama, Hijrah Selangor turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Inpens International College (INPENS) yang diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mansor Othman dan Ketua Eksekutif INPENS, Rosli Ibrahim sambil disaksikan Mohamed Azmin.

-NFN-


Pengarang :