Selangorkini
NASIONAL

Nik Abduh: Pemuda pastikan PAS kekal dalam PR

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 JUN: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan memastikan parti itu kekal bersama Pakatan Rakyat (PR), kata ketuanya yang baru, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berharap supaya isu yang berbangkit sebelum ini dapat diselesaikan dengan baik.

IMG_20150603_190624“Kita bertegas akan terus bersama PR dan harap segala isu yang berlaku termasuk keretakan juga keresahan dapat diselesaikan secara baik.

“Itu adalah komitmen Dewan Pemuda PAS Malaysia,” katanya di Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Nik Abduh juga menegaskan, isu yang dibangkitkan rakan komponen dalam PR terhadap PAS tidak boleh dijadikan asas perpecahan.

Beliau juga meminta semua pihak mengambil sumber rasmi PAS berbanding yang tidak dapat disahkan kerana tindakan itu mampu menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

Sementara itu ketika mengulas gerak kerja yang akan dijalankan selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh berkata, beliau berusaha menyatukan Pemuda PAS untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

-NFN-


Pengarang :