NASIONAL

PAS: Kos hidup meningkat, Kerajaan ‘tergamak’ bincang naik tol

SHAH ALAM, 14 JUN: PAS membidas tindakan kerajaan yang tergamak berbincang cadangan menaikkan kadar tol ketika dalam keadaan rakyat tertekan dengan peningkatan kos sara hidup dan harga minyak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kerajaan tidak wajar membincangkan cadangan itum, bahkan ramai mengetahui syarikat konsesi mendapat keuntungan setiap tahun.

Tuan Ibrahim berkata, pada asalnya rakyat membayar tol bukan sekadar untuk menggunakan lebuh raya tetapi untuk menjimatkan masa dan minyak kereta.

datuk-ibrahim-tuan-man1“Persoalannya, jika semua kebaikan menggunakan lebuh raya kini sudah semakin hilang nilai tambahnya, wajarkah harga tol terus dinaikkan?

“Kerajaan sepatutnya membincangkan cara untuk memaksa syarikat konsesi menurunkan harga memandangkan jumlah kereta semakin bertambah dan lebuh raya yang sering sesak,” katanya dipetik Malaysia Kini, hari ini.

Beliau mengulas kebocoran maklumat cadangan kenaikan kadar tol lebuh raya yang ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ia masih belum dimuktamadkan kabinet dan menyifatkan pihak yang membocornya ‘pengkhianat’.

plaza tolTuan Ibrahim turut menggesa kerajaan mendedahkan semua perjanjian lebuh raya dengan syarikat konsesi tol yang berada bawah OSA.

“Kerajaan perlu menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol memandangkan syarikat konsesi gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

“Setiap kali perayaan atau cuti panjang, tol punca utama kesesakan dan sangat membebankan pengguna, di samping kerosakan permukaan jalan hampir sepanjang masa,” katanya.


Pengarang :