Selangorkini
SELANGOR

Peluang mohon 40 petak bazar Ramadan MPSp

Oleh: NAEEM RAFFI

SEPANG, 11 JUN: Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin dilancarkan bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menggalakkan program kitar semula sejajar dengan tema Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) ke arah perbandaran bersih, hijau dan sejahtera.

Yang Dipertua MPSp, Puasa Md Taib, berkata pelancarannya hari ini juga selari dengan kempen ‘Go Green’ Kerajaan Negeri.

Taklimat Pasar Ramadhan  2015 MPSP (1)“Ini adalah kempen tahunan kali kedua sejak 2014. Kita teruskan selepas ia mendapat sambutan dalam kalangan peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Pasar Ramadan 2015 yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perlesenan MPSp, Noor Halifah Noor Zan di Dewan Orang Ramai, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, hari ini.

Bazar Ramadan MPSp 2015 menyaksikan 482 peniaga berjaya mendapat lesen berniaga di 11 lokasi membabitkan 589 petak.

Taklimat Pasar Ramadhan  2015 MPSP (5)“Mereka yang ingin berniaga di bulan Ramadan ini masih berpeluang memohon kerana terdapat 40 petak masih kosong daripada 629 petak di semua lokasi,” katanya.

Pada majlis sama, MPSp turut menyampaikan insentif 2,000 bekas makanan boleh urai (biodegradable) kepada 16 peserta terpilih.

Pemberian insentif itu sebagai tanda penghargaan dan dorongan kepada peniaga untuk komited menyahut kempen.

-NFN-


Pengarang :