Selangorkini
SELANGOR

PKNS serah zakat RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Hospital Selayang

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 JUN: Sebanyak RM100,000 sumbangan zakat diserahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Selayang.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata sumbangan itu bagi membantu golongan Asnaf Gharimn membiayai kos hospital dan alat sokongan perubatan yang diperlukan.

Azlan (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan cek RM100,000 kepada Dr Siti Zaleha (tengah)“Tahun ini sahaja, PKNS mengagihkan wang zakat bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk asnaf fakir dan miskin, muallaf, fisabilillah dan gharimin.

“PKNS juga pernah menghulur bantuan kepada TKPM Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sebagai CSR dalam pengagihan wang zakat,” katanya dalam kenyataan media.

Ishak berkata, PKNS juga menerima pengiktirafan Anugerah Abdul Rahman Bin Auf 2014 daripada LZS atas pengurusan dan pengagihan semula zakat yang cekap.

“Anugerah yang diterima dijadikan sebagai pencetus semangat kepada warga PKNS mengurus dengan lebih baik supaya dapat membantu pesakit yang memerlukan,” katanya.

-NFN-


Pengarang :