BERITA UTAMA

FOMCA dedah taktik jualan raya , kemeriahan tak perlukan pembaziran

Oleh NAEEM RAFFI

Pengguna yang bijak tidak akan memilih berhutang sebagai kaedah terbaik dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Apatah lagi menggunakan sepenuhnya gaji semasa yang akhirnya komitmen asas seperti bil utiliti, ansuran rumah atau kenderaan tertunggak.

Begitu juga memilih saluran bantuan kewangan seperti kad kredit sebagai talian hayat menampung perbelanjaan dan akhirnya memberi kesan kepada kewangan bulan berikutnya.
Perancangan awal dan budaya menabung mampu membantu pengguna berdepan dengan situasi sebegini.

04“Setiap tahun, kita memerlukan banyak wang untuk itu dan ini. Tetapi sebahagian besar daripada kita tidak ada simpanan ke arah itu.

“Belajarlah dari kesilapan, rancang perbelanjaan dan berbelanja secara berhemah dengan membuat penilaian berdasarkan pendapatan dan tabungan,” kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Masa Untuk Berubah

Lebaran kali ini disambut dalam suasana ekonomi getir.

Keluar ke gedung pakaian mahupun ke bazar mencari juadah, sana sini, kiri kanan, depan belakang, semuanya serba mahal kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

FOMCAPengguna tidak mampu lari dari senario ini. Cekalkan hati dan berubahlah agar kesan kenaikan harga dapat diminimum untuk kelangsungan hidup yang lebih terjamin.

Buanglah tradisi raya semua benda perlu diganti sehingga terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan sebelum terjerat hutang.

“Sudah tiba masanya pengguna mengikis tradisi menyambut Aidilfitri dengan pakaian dan kelengkapan rumah serba baru.

“Bagi yang pendapatannya terhad, memadai memakai pakaian raya tahun lalu jika masih dalam keadaan baik,” kata Yusuf.

Beringat sebelum kena 

Menghampiri musim perayaan, pusat membeli belah menganjurkan karnival jualan murah.

Peluang baik untuk pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Tetapi, berhati-hatilah dengan strategi pemasaran sedemikian kerana sebahagiannya tidak lebih daripada gimik semata-mata.

fomca 3Gimik bertujuan menarik pengguna datang walhal harga barangan yang ditawarkan sete-lah diskaun tidak berbaloi untuk pengguna.

“Ada pusat membeli belah menaikkan harga barangan terlebih dahulu dan setelah ditawar diskaun setinggi 70 peratus, harganya sama atau kurang sedikit dari harga asal.

“Dalam situasi itu, pengguna perlu bijak merancang dan rasional dalam berbelanja,” katanya.
Biarpun berjimat, percayalah kita tetap merai sambutan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.


Pengarang :