Selangorkini
SELANGOR

Lawatan pusat sembelihan Zaklady Mięsne timba pengalaman

Oleh: AFIX REDZUAN

MOKOBODY, 5 JULY: Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Chechnya, Muslim Care Malaysia berpeluang melawat pusat penyembelihan lembu Zaklady Mięsne di Mokobody.

Pusat penyembelihan yang menggunakan teknologi terkini memproses hampir 100 ekor lembu sehari.

Turut sama dalam lawatan itu Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan wakil Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

11224176_10204583073877179_1141751778637145071_nSelangor Kini yang turut sama berada di dalam misi ini berpeluang melihat sendiri proses penyembelihan lembu tempatan secara dekat.

Pusat penyembelihan ini menitikberatkan aspek kebersihan dan berkasih sayang terhadap haiwan meskipun pemiliknya bukan beragama Islam selain mengaplikasikan sistem penyembelihan sistematik.

Anggota badan lembu yang diperlukan dan tidak diperlukan akan diasingkan di ruang tertentu bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Hampir 10 orang pekerja ditempatkan di dalam bahagian pemprosesan.

11703117_10204583062196887_2218677465836455776_nLebih mengagumkan, pusat penyembelihan ini menyediakan peluang pekerjaan kepada Bekhan, 40, seorang Muslim berbangsa Chechnya yang bertindak selaku tukang sembelih.

Di sini, seekor lembu akan dimasukkan ke dalam sebuah mesin khas dengan leher dirantai bagi mengelakkan ia bergerak.

Lembu berkenaan akan dipusingkan 180 darjah sebelum Bekhan menyembelihnya dengan lafaz Bismillah.

Selesai disembelih, lembu berkenaan akan digantung menggunakan cangkuk besi di bahagian kaki sebelum digerakkan menggunakan takal bagi menjalani proses melapah, pembersihan sebelum disimpan di dalam bilik sejuk beku pada suhu 0 Farenheit.

Menurut Bekhan yang telah berkhidmat di Zaklady Mięsne sejak 2009, beliau akan menyembelih hampir 100 ekor lembu sehari dan bergantung kepada permintaan.

EZY


Pengarang :