Selangorkini
SELANGOR

LZS bukan seperti digambar dalam kartun

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 JUL: Lembaga Zakat Selangor sama sekali bukan seperti gambaran yang diberikan dalam satu lukisan kartun mengenai badan zakat di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussin Mohd Ali berkata, sebalinya LZS mempunyai hampir 50 eksekutif zakat di sembilan daerah bagi menguruskan 1,400 keluarga asnaf.

ABDUL LATIF CHAN BIN ABDULLAH CHAN WAH CANKatanya, LZS mengambil berat dan maklum perihal keluarga asnaf bermula dari peringkat sekolah tadika hingga ke peringkat pengajian tinggi.

“Kita juga kini dalam usaha memberikan kursus kemahiran kaunseling kepada warga kerja LZS sama ada di kaunter atau lapangan.

“Kita yakin usaha ini dapat membantu LZS memainkan peranan dalam masyarakat dengan lebih berkesan kerana mereka memerlukan lebih daripada sekadar kewangan.

“Penekanan juga akan kita berikan kepada bagaimana agihan wang zakat itu dilakukan agar masyarakat tahu dan tidak salah anggap dengan peranan LZS,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam majlis Iftar Media dan Blogger bersama warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor (Bait Al Mawaddah).

Terdahulu, sebuah lakaran kartun menunjukkan seorang ibu dan anak berhadapan dengan bangunan zakat yang tinggi dan pelbagai saluran kaunter bayaran kembali viral.

Lakaran yang turut dikongsi di media sosial itu mengandungi dialog apabila seorang ibu memilih untuk mengemis daripada memohon zakat.

Seramai 31 penghuni terdiri daripada 15 lelaki dan 16 wanita ditempatkan di pusat yang dilengkapi pelbagai kemudahan itu.

Selesai ucapan perasmian, Hussin diiringi Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia, Mohamad Shukri Salleh beramah mesra dengan warga emas di sana,

“Anda boleh lihat sendiri bagaimana asnaf zakat mesra dengan warga LZS.

“Kita mahu mereka buat tempat ini seperti rumah mereka dan layanan juga adalah seperti keluarga sendiri,” katanya.

EZY


Pengarang :