Selangorkini
SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri salur RM5 juta biasiswa KUIS

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 JUL : Sejumlah RM5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membiayai biasiswa pendidikan pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi meringankan beban keluarga menampung pendidikan anak disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Katanya, ia juga bertujuan membuktikan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan pendidikan al-Quran di Selangor.

mb markshort bubur“Lebih 400 anak Selangor tidak mendapat biasiswa dan susah meneruskan pengajian ditambah keadaan ekonomi tidak stabil hingga menyukarkan keluarga membiayai pendidikan mereka.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyediakan RM5 juta sebagai biasiswa pelajar KUIS dengan harapan supaya pembangunan pendidikan al-Quran terus dimartabatkan supaya menjadi masyarakat bermaruah dan berpegang pada tuntutan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ijtima’ Huffaz Selangor kali kesembilan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini, baru-baru ini.

KUIS2Sejumlah RM10 juta setahun diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk Tabung Biasiswa Selangorku khusus bagi anak Selangor dari desa dan keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan KUIS.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri akan mengenalpasti maahad tahfiz dan sekolah rendah agama di beberapa daerah yang memerlukan kerja baik pulih membabitkankelengkapan baru.

Katanya, ia berikutan kebanyakan sekolah jenis itu tidak mendapat prasarana yang baik dan sempurna bagi sesi pembelajaran.

-NFN-


Pengarang :